Sumber: Artikel The Malaysian Insider bertajuk,
"Malaysians Spends Five Hours Online Daily, And Its
Mostly On Social Media, Says Report" penulisan Musliza
Mustafa bertarikh11 Sept 2014
Artikel di atas menunjukkan
penggunaan internet dan media sosial dikalangan rakyat Malaysia. Statistik
kajian yang dijalankan pada 2014 menunjukkan purata rakyat Malaysia adalah
berjumlah 30 juta orang. Daripada jumlah tersebut dianggarkan hampir 19.2 juta
rakyat Malaysia menggunakan internet. Statistik ini menunjukkan lebih daripada
separuh rakyat Malaysia menggunakan internet. 19.2 juta rakyat Malaysia ini
memperuntukkan 5 - 6 jam bagi melayari internet pada setiap hari. Bagi pengguna
telefon pintar pula mereka memperuntukkan lebih kurang 3 jam sehari bagi
melayari internet. Kajian ini menunjukkan negara Malaysia adalah diantara
pengguna telefon pintar yang tertinggi di dunia.
Kaji selidik yang dijalankan oleh
Google pula menunjukkan negara Malaysia merupakan salah satu daripada lima
tempat di dunia yang menggunakan telefon pintar lebih tinggi berbanding
komputer di mana berada pada paras 51% berbanding 39%. Negara Malaysia berada pada tahap sama dengan
negara maju seperti China, Korea Selatan dan Singapura. Kaji
selidik yang dijalankan itu melibatkan 1,017 orang yang terdiri daripada
pelbagai lapisan umur. Kajian tersebut juga menunjukkan banyak aktiviti
pembelian atas talian, seperti pembelian tiket penerbangan, tempahan hotel dan
lain-lain digunakan dengan telefon pintar.
Statistik serta kajian yang dijalankan ini menunjukkan
bahawa perniagaan secara dalam talian di Malaysia adalah sesuatu cara pemasaran
yang terbaik kerana pengguna media sosial di Malaysia adalah tinggi. Terdapat
syarikat-syarikat serta individu yang telah berjaya memasarkan produk mereka
secara dalam talian. Diambil salah satu contoh invidu yang telah berjaya menjalankan
perniagaan secara dalam talian ini adalah satu jenama pakaian wanita iaitu Bella Ammara.
Bella Ammara telah ditubuhkan pada tahun 2012. Kisah
penubuhan jenama Bella Ammara yang menarik dimana pemiliknya Carl Samsudin (Pengasas Butik Bella Ammara) mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang seni bina dan pernah
berkhidmat sebagai arkitek. Hanya bermodalkan RM1,000 dan menghasilkan sembilan
pasang telekung dan selepas 3 tahun berjaya menghasilkan 10,00 pasang telekung dan
jubah sebulan, ternyata percaturan Belle Ammara menawarkan koleksi telekung
berwarna mewujudkan trend baru pemakaian telekung dalam kalangan muslimah di
Malaysia. Belle (isteri kepada Carl Samsudin) pemegang
ijazah seni bina yang sepatutnya melayakkan dia menjadi seorang arkitek dalam
dunia korporat yang lebih gah kini membantu suaminya menguruskan perniagaan
Bella Ammara yang telah mempunyai 5 buah butik di Malaysia.
Berikut dikongsikan kisah bagaimana Bella Ammara salah seorang dari peniaga
dalam talian mengunakan media sosial sebagai platform pemasaran sehingga
berjaya.
Assalamualaikum
Dengan
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Hujung minggu ini 29hb
Ogos 2015 (Sabtu) merupakan pembukaan rasmi pembukaan butik ke-5 saya Bella
Ammara di Johor Bahru. Alhamdulillah kuasa Allah itu sungguh besar. Sambil
memandang susuk tubuh bangunan di Bandar Baru Uda, JB ini, terkenang kisah 3
tahun lepas. Nak beli burger untuk Belle (now dah jadi wife) pon tak mampu.
Sesak.
Bulan Julai 2015, genap 3 tahun penubuhan Bella
Ammara. Dari 9 pasang telekung sebulan pada Julai 2012 sehingga ke sekitar
10,000 pasang koleksi jubah dan telekung sebulan hari ini. Selama 3 tahun saya keluar dari dunia selesa kerusi pejabat. Bagaimana dan
kenapa saya bermula? Ini saya, cara saya dan tulisan saya. Baca dan fikirkan.
Mana tahu perkongsian saya ini dapat memberi sesuatu kepada anda.
2010-2011 saya bermula dengan mengkaji sendiri
‘asas-asas pembentukan wang di dunia’ semasa saya bekerja as a chemist di
makmal kimia di Nilai. Sebagai seorang Chemist – Google, buku, blog dan youtube
adalah kawan-kawan baik saya. Dari Sheikh Imran Hossein sehingga Ron Paul dan
Micheal Maloney saya telaah hasil kajian mereka. Kimia mengajar saya untuk buat
kajian dahulu sebelum lontarkan sesuatu konklusi.Dalam 1 tahun saya mengkaji
perihal ekonomi dan duit dunia, dan saya sedar, kita semua telah banyak ditipu.
Dan saya sedar 99% manusia di dunia ini terpedaya dengan tipu daya helah duit.
Saya mulai takut & gentar.
Saya nekad untuk berhenti kerja kerana saya rasa
makin lama saya kerja makan gaji, saya akan jatuh miskin. Sebab saya jumpa
INFLASI (kejatuhaan nilai duit) di Malaysia melebihi 15% setahun. Ini susah
untuk diterima akal sebab di media massa sentiasa mengatakan ekonomi kita amat
stabil.
Nekad
Saya berhenti.
Cuba cari jalan berniaga.
Tapi, tak jumpa.
Setengah tahun saya tak punyai kerja. Tiada wang.
Kereta Perodua Kenari kena tarik. Belle ajak keluar nak makan pon saya tak
mampu nak bayar. Masak nasi kosong berulamkan petai, janji makan tidak melebihi
RM5 sehari. Setengah tahun hidup terdampar di rumah memberi peluang kepada saya
berkawan rapat dengan dunia internet penuh ilmu. Setengah tahun saya belajar
bagaimana untuk menjadi usahawan seperti orang yang berjaya lain.
Alhamdulillah dengan ilmu yang saya ada, terima
kasih kepada pihak bank menerima saya untuk memberi saya peluang berniaga
menjual emas. Target jualan, 3KG emas sebulan. Kalau tak lepas target, kena
buang. Tersedak!
Tetapi saya nekad juga untuk join Bank. Saya join
banking sector sebab saya nak tau apa yang bank buat. Dalam kajian saya –
‘Banking System’ adalah satu sistem penipu terbesar di dunia. Mereka yang
menyebabkan kita makin susah hari demi hari. Saya menyertai bank sebagai ‘Gold
Salesman/tradder’. Kerana dari tamadun Yunani sehingga ke zaman sahabat-sahabat
Rasulullah dan pemerintahan Muhammad al-Fateh di kerajaan Islam Tukey
menggunakan emas & perak sebagai duit. Kita kena pandai beza apa itu duit
dan matawang. Matawang yang dalam dompet kita. Kertas berconteng yang makin
jatuh nilainya. Duit tidak akan sesekali jatuh nilai. Saya gali isi bank sampai
saya jumpa sistem mereka – ‘Fractional
Reserve System‘. Sistem dimana mereka mencipta duit tanpa pengetahuan
kita. Makin banyak duit yang dicipta, makin jatuh nilai duit itu dan makin
miskinlah kita. Saya cuba kerja sampai saya capai matlamat saya – No.1 Gold Trader di bank tersebut.
Walaupun saya capai, duit untuk bayar itu ini tetap zero sampai hujung bulan.
Saya harus berubah. Nekad. Saya fikir saya harus ubah diri saya sebelum saya
ubah pemikiran orang lain.
July 2012 saya bertunang dengan kos hanya RM60
sahaja. RM60 digunakan untuk membeli buah, itu je yang mampu. Dan 5 bulan
(Disember 2012) selepas itu adalah majlis perkahwinan saya. Duit untuk kahwin?
Minta maaf saya cakap, betol zero. Kerana saya percaya Allah SWT itu maha
berkuasa. Saya nak bina masjid, Allah pasti akan tunaikan. Saya teruskan dan
sentiasa letak Allah sentiasa no 1 di hati.
Allahumma yaasir wala tu’assir, Allahumma yaasir
wala tu’assir.
Dan saya berpegang kuat pada kata Rasulullah SAW
dimana 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan. Saya lihat bangsa saya?
Rupanya bangsa asing lebih percaya pada kata Rasulullah SAW berbanding bangsa
saya.Dengan usaha, doa dan tawakal kepada Allah SWT saya cuba! Cuba berniaga.
Saya bermula dengan pinjam duit mak saya. RM1,000 untuk membuat 9 pasang
telekung berwarna dengan tunang saya Belle.
Kenapa pinjam mak dan bukan loan bank? Sebab saya
pernah kerja bank dan sumpah demi Allah saya tak suka loan bank. Most of loan bank melibatkan ‘interest/riba’ dimana riba itu salah
satu dosa terbesar di sisi Allah. Tak ada dosa lain yang Allah SWT istihaarkan
perang terhadap hambanya.
Allahumma inni as’aluka ridhaka wal jannah wa a’uzu
bika min sakhatika wannar.
Jauhkan lah dari kemurkaan Allah SWT. Saya nak
berniaga kenapa saya nak murkakan Allah? Saya tolak riba. Saya pinjam duit mak.
Saya percaya kuat pada kuasa Allah SWT. Saya mula cuba jaga solat saya, sedekah
saya, kerana sedekah itu penambah rezeki. Alhamdulillah dari RM1,000 duit mak
saya + jujur + sedekah + ingat Allah the only one yang bagi rezeki, saya boleh
kawin menggunakan duit saya sendiri.
Alhamdulillah, Alhamdulillah. Tinggal bersama
isteri di kediaman yang alhamdulillah selesa bersama kucing-kucing binatang
kesayangan Rasulullah, dapat membantu keluarga mendapat duit lebih dengan
penubuhan jenama OSRA dan Pudore, Alhamdulillah dapat buka butik sendiri Bella
Ammara di Setapak, Shah Alam, Bangi, Sungai Petani dan insyaAllah hujung minggu
ini di Johor Bahru dan juga dapat menanam sifat ingin berniaga dikalangan
rakan-rakan saya yang lain.
Mungkin
ini baru 3 tahun. Jauh lagi perjalanan hidup saya. Tapi fikirkan lah. Dari 9
pasang telekung sehingga ke 10,000 pasang koleksi-koleksi hari ini.
Apa yang saya nak sampaikan. Dunia kita ini makin
teruk. Ekonomi kita ini makin teruk. Ketua-ketua kita hari ini juga makin
teruk. Saya yakin, selagi harapkan duit gaji tiap bulan, kita akan menjadi
makin susah hari demi hari kerana kadar jatuh nilai duit kita semakin teruk. Lihatlah
nilai duit kita hari ini? Saya dah jangka dari tahun 2010 lagi saat ini akan
terjadi.
Keluarlah dari kehidupan ‘hanya makan gaji’ &
carilah duit lebih kalau bukan untuk diri, carilah untuk bantu orang lain. Usaha
dan ingat! Allah pasti akan bantu. YaAllah dialah pemberi segala rezeki di bumi
ini. Saya harap suatu hari nanti dengan rezeki yang saya dapat, saya dapat bantu
sesiapa yang memerlukan. Semua yang saya ada ini adalah milik Allah. Bella
Ammara itu juga hak milik Allah, saya cuma pinjam untuk melaksanakan tugas yang
Allah amanahkan kepada saya.
Ingat.
Hanya Allah yang bagi rezeki. Bukan boss atau customer kita. Kalau rezeki
sentiasa sangkut, cuba fikir balik hubungan kita dengan Allah SWT dan jujurkah
kita semasa mencari rezeki Allah SWT?
Hari ini Alhamdulilah. Saya mengetuai 10 syarikat
dan mempunyai lebih dari 50 orang staff. Masih berjaya tidak lakukan loan bank
dan tidak mempunyai kad kredit. Masih kuat percaya kuasa ALLAH SWT.
Carl
Samsudin, 28
0 comments:
Post a Comment