Mengimbas kembali sejarah permulaan media sosial diperkenalkan adalah pada
tahun 1978 dengan penggunaan ‘usernets’ terutama untuk menghantar berita atau
artikel ke ‘newsgroup’. Ia mula diperkenalkan oleh Ward Christensen dan Randy Suess yang
keduanya adalah pecinta dunia computer. Media sosial pertama kali dilakukan
melalui pengiriman surat elektronik pertama oleh peneliti ARPA (
Advanced Research Project Agency) pada tahun 1971.
Pada tahun 1995 satu laman sosial yang dikenali sebagai Classmate.com
yang menawarkan jaringan sosial dan diikuti Sixdegree.com yang wujud selepas
itu dianggap sebagai satu laman sosial yang lebih baik berbanding
Classmate.com. Pada 1999 satu halaman yang menawarkan penggunanya untuk membuat
halaman sendiri telah diperkenalkan iaitu Blogger. Di dalam blog peribadi ini
pengguna boleh memuatnaik apa sahaja maklumat, info termasuklah hal-hal
peribadi. Permulaan kewujudan blogger ini dianggap sebagai perkembangan media
sosial.
Friendster, satu laman sosial yang telah menjadi fenomena telah wujud
pada tahun 2002. Laman sosial friendster dianggap laman sosial terbaik pada
masa itu bagi tujuan menghubungkan pengguna dengan pengguna yang lain tanpa
sempadan. Diikuti laman sosial MySpace pada tahun 2003 yang menawarkan
kemudahan hampir sama dengan laman Friendster cuma dianggap oleh pengguna media
sosial sebagai satu laman sosial yang lebih mesra pengguna.
Media sosial terus berkembang maju dengan kewujudan pelbagai laman-laman
sosial yang lebih mesra pengguna seperti Facebook pada tahun 2004, Instagram
tahun 2010 dan pelbagai lagi laman sosial terkini yang mendapat perhatian
pengguna seperti Youtube dan Twitter yang dapat digunakan bagi berkongsi info
dan maklumat sama ada dari segi penulisan, gambar mahupun video.
Perkembangan media sosial yang pesat ini telah memberikan peluang atau platform
kepada sesetengah individu mahupun syarikat untuk memperkenalkan produk ataupun
barangan jualan mereka di laman-laman sosial kerana dengan jutaan pengikut di setiap
laman-laman sosial menjadikan produk mereka mudah dipasarkan serta dikenali.
0 comments:
Post a Comment