Penggunaan media
sosial dalam perniagaan secara global kebanyakkan diguna oleh syarikat-syarikat
besar dan terkenal. Mereka menjadikan media sosial sebagai platform untuk
mengenalkan jenama produk mereka secara meluas ke pasaran luar negara. Meraka
juga dapat membandingkan harga produk-produk yang dipasarkan di luar negara
sekaligus dapat menawarkan harga yang jauh lebih murah berbanding
pesaing-pesaing mereka dari luar negara. Ini kerana melalui media sosial kos
bagi pemasaran telah dapat diminimumkan.
Jumlah pengguna media sosial yang
tinggi adalah menjadi faktor bagi syarikat-syarikat menawarkan produk mereka di
media sosial. Di zaman yang serba canggih media sosial dapat dilihat di
mana-mana sahaja dan hanya memerlukan capaian internet yang kini ditawarkan
pada pakej-pakej yang mampu milik dan menjadikan pengguna kini boleh mencari
dan membeli hanya melalui dalam talian. Pemasaran di dalam talian juga kerap
dilihat oleh para pengguna kerana telah mempunyai banyak pilihan
syarikat-syarikat yang menawarkan pelbagai produk berserta maklumat lanjut
mengenai produk mereka termasuklah harga yang ditawarkan menjadikan pengguna
boleh membuat pilihan dengan tepat bagi membeli sesuatu produk.
Sasaran
pembeli yang luas juga menjadi faktor media sosial digunakan sehingga ke
peringkat global. Ini dapat dilihat di mana syarikat-syarikat besar bukan hanya
menjadikan pembeli di dalam negara sahaja sebagai sasaran mereka, kini sasaran
telah di luaskan kepada pembeli-pembeli dari luar negara yang berminat mendapat
produk mereka. Dengan menyediakan ruangan khidmat pelangan mereka boleh
memberikan khidmat yang lebih cepat malah dapat mengeratkan lagi perhubungan dengan pembeli mereka yang sedia ada. Mereka dapat mengekalkan hubungan
jangka panjang dengan pelanggan-pelanggan mereka termasuk pelanggan-pelanggan
dari luar negara. Itu antara sebab mengapa media sosial kini menjadi pilihan
syarikat-syarikat besar menawarkan produk mereka di dalam negara sehinggalah ke
peringkat global.
0 comments:
Post a Comment