Nasriq Halil Abrar's

Asas Keusahawanan

PENUTUP

Leave a Comment


Media sosial pada zaman kini adalah sesuatu yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Hampir keseluruhan rakyat Malaysia memiliki kemudahan komputer ataupun telefon pintar. Kemudahan ini membolehkan pengguna melayari laman sosial melalui capai internet yang mudah didapati.


            Melalui kemudahan ini menjadikan jumlah pengunjung media sosial adalah tinggi di Malaysia. Rakyat di negara ini menjadikan media sosial sebagai platform bagi mendapatkan maklumat atau info terkini, berkomunikasi serta berurusan dalam perniagaan. Terdapat pro dan kontra dalam melayari media sosial ini. Diambil kebaikan media sosial bagi info dan maklumat terkini adalah sesuatu berita dan info cepat disampaikan sebagai contoh keadaan banjir terkini, keadaan trafik terkini serta apa-apa sahaja perkara yag sedang ‘viral’ dapat disampaikan dengan segera. Dari segi kebaikan komunikasi pula dapat menghubungkan komunikasi dalam jarak yang jauh tanpa ada batasan. Dari segi kebaikan berurusan perniagaan, pengguna dapat membuat pilihan untuk membeli tanpa perlu ke kedai. Urusan pembelian juga boleh dilakukan melalui pos. Penjual juga dapat mengurangkan kos pengiklanan dengan hanya mengiklankan produk mereka secara dalam talian.


            Bagi keburukan media sosial pula, maklumat dan info yang salah diberikan sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja. Ini menyebabkan berlaku fitnah dan boleh mengaibkan sesetengah pihak ataupun individu. Dari segi komunikasi pula keburukan media sosial dapat dilihat apabila masa terluang lebih banyak dihabiskan dengan melayari media sosial berbanding membuat aktiviti lain sama ada bersama keluarga atau bersukan. Keburukan berurusan perniagaan secara dalam talian pula adalah potensi ditipu adalah sesuatu yang tidak mustahil berlaku dan kejadian seperti ini banyak dilaporkan di media massa seperti televisyen dan surat khabar.


           Jika digunakan dengan cara yang betul penggunaan media sosial dapat membantu membawa kepada dimensi baru dimana semuanya berada di hujung jari. Segala urusan dipermudahkan dan segala maklumat dapat dicari serta dikongsi bersama-sama.     
Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment