Perniagaan secara dalam
talian juga tetap mempunyai pelbagai cabaran serta halangan yang perlu dihadapi
oleh setiap peniaga sama seperti perniagaan konvensional. Ada cabaran dan
halangan yang sama dan ada juga yang berbeza. Berikut disenaraikan cabaran dan
halangan yang dapat dikenalpasti.
i) Tiada idea
Ketiadaan idea untuk
memulakan perniagaan jenis apa adalah masalah utama yang sering berlaku kepada
orang yang baru hendak mencuba masuk kedalam bidang perniagaan. Pemilihan
barangan yang hendak dijual perlulah tepat serta mengetahui selok belok
barangan tersebut sama ada dari segi pasaran serta permintaan.
ii) Kekurangan ilmu
perniagaan
Kekurangan pengalaman
menjadi faktor kebuntuan dalam memulakan perniagaan. bagi mengelakkan perkara
ini ini berlaku, adalah perlu seseorang yang mahu berniaga secara dalam talian
mempelajari teknik-teknik pemasaran daripada orang yang telah memulakan
perniagaan dalam talian ataupun boleh menghadiri kelas-kelas yang menawarkan
pembelajaran bagi teknik pemasaran perniagaan dalam talian.
iii) Sumber kewangan
Sumber kewangan yang
terhad menjadi masalah kepada peniaga baru dalam membentuk perniagaannya.
Masalah ini dapat diatasi dengan membuat pinjaman dari bank ataupun mencari
rakan kongsi. Permulaan perniagaan juga boleh bermula dengan modal yang kecil tetapi
memerlukan semangat serta azam yang kuat.
iv) Kurang motivasi
Kekurangan motivasi
serta pendorong mengakibatkan seseorang peniaga baru itu boleh berpatah
semangat dan kembali kepada perkerjaan ‘makan gaji’. Faktor pendorong adalah
penting bagi memberikan semangat kepada peniaga baru agar lebih yakin untuk
memulakan perniagaan.
v) Berniaga adalah perkara luar biasa
Sudah menjadi kebiasaan
bagi seseorang yang tamat pengajian akan berlumba-lumba mencari pekerjaan.
Belajar di peringkat yang tinggi dan mengharapkan pekerjaan sebagai profesional
adalah sesuatu yang telah ditanam dalam diri semenjak dari kecil. Persepsi ini
boleh diubah kerana dalam agama Islam 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan.
vi) Proses pembungkusan dan penghantaran
Bagi mereka yang
menjalankan perniagaan secara persendirian proses ini perlu dilakukan sendiri
dan jika pesanan yang diterima adalah banyak maka akan menjadikan aktiviti
seharian hanya tertumpu di situ.
vii) Margin keuntungan yang rendah.
Marjin keuntungan yang
rendah ini berlaku kerana setiap untung yang diterima perlu ditolak kepada kos pembungkusan
dan penghantaran. Jika berlaku penghantaran semula barangan akibat rosak atau
salah penghantaran akan mengakibatkan kos penghantaran pertama tadi menjadi
kerugian.
viii) Penipuan
Penipuan adalah sesuatu
yang kerap dilaporkan apabila berurusan secara dalam talian. Bukan hanya
pembeli yang ditipu bahkan penjual juga turut menjadi mangsa penipuan dalam
berurusan kerana pada masa kini pelbagai cara dan teknik penipuan yang telah
dibongkarkan.
Dapat dilihat dalam peniagaan Bella Ammara pengasasnya mempunyai masalah
dari segi kekurangan sumber kewangan untuk dijadikan modal pada awal
perniagaanya. Walaubagaimanapun dengan sumber kewangan yang terhad beliau
mempunyai pendorong motivasi serta berbekalkan ilmu dan idea akhirnya berjaya
menjadi usahawan peniagaan dalam talian yang berjaya mencapai kejayaan.
0 comments:
Post a Comment