Nasriq Halil Abrar's

Asas Keusahawanan

KEPENTINGAN MEDIA SOSIAL DALAM PERNIAGAAN

Leave a Comment
Perniagaan secara dalam talian bukan sahaja digunakan oleh peniaga-peniaga kecil bahkan telah digunakan syarikat-syarikat besar untuk aktiviti pemasaran mereka. Kos pengiklanan yang minimum adalah salah satu sebab mengapa media sosial digunakan dalam memasarkan produk mereka berbanding dengan cara pengiklanan lain yang memerlukan kos yang lebih tinggi.  Pengguna media sosial yang mencecah jutaan pengguna memudahkan sesebuah syarikat memperkenalkan barangan, jenama ataupun produk mereka.

           Tidak hanya ingin mahu miminumkan kos pemasaran, ada juga syarikat menjadikan media sosial sebagai ruangan untuk menyediakan khidmat pelanggan mereka. Dengan cara ini syarikat mereka boleh memberikan khidmat yang lebih cepat malah dapat mengeratkan lagi hubungan dengan pembeli mereka yang sedia ada. Tinjauan dan kajian yang dijalankan oleh Badan-badan Swasta mendapati rata-rata peniaga kecil mengakui kewujudan media sosial ini banyak membantu meningkatkan jualan produk mereka. Fakta ini juga dapat diperkukuhkan lagi apabila dapat dilihat di laman-laman media sosial kini lambakkan iklan dan tawaran yang muncul dari pelbagai syarikat samaada syarikat besar mahupun kecil.

           Daripada kemunculan banyak serta pelbagai iklan yang dipamerkan di laman-laman media sosial sudah pasti menunjukkan kepentingan media sosial dari segi pemasaran perniagaan. Pemasaran dibuat di dalam media sosial adalah bagi meminimumkan kos serta menambah keuntungan dalam perniagaan mereka. Media sosial menjadi tempat pemasaran yang dianggap efektif kerana kemudahan telefon pintar berintenet membolehkan pengguna melayari laman-laman media sosial ini tanpa batasan termasuklah tempat dan masa. Dunia tanpa sempadan kini menyebabkan aktiviti melayari media sosial kini adalah sesuatu yang perlu dilakukan setiap hari bagi mendapatkan info serta maklumat disamping berkomunikasi  di laman-laman sosial. Disinilah syarikat-syarikat mengambil kesempatan dalam membuat pemasaran produk kerana jumlah pengguna media sosial yang tinggi. 

         Di dalam memasarkan produk serta barangan mereka, peniaga ataupun syarikat-syarikat ini hanya perlu membuatkan informasi ataupun maklumat yang dipasarkan melalui artikel, tulisan, gambar ataupun video dan meletakkannya di media sosial yang mudah serta banyak dilawati oleh para pengguna. Ditambahkan pula dengan sistem canggih yang ada di media sosial kini seperti sistem pemberitahuan atau notifikasi kepada pengguna media sosial dimana pengguna boleh mendapatkan informasi dengan pantas dan cepat mengenai apa-apa informasi terbaru daripada peniaga-peniaga tertentu jika ada posting terbaru produk-produk mereka.

        Kajian yang dibuat oleh The Truths About Social yang dijalankan merentasi 19 negara dan disertai lebih 30 kumpulan fokus dan 12,000 respons secara talian telah mendedahkan pandangan tentang semua berkaitan dengan dunia sosial termasuk melalui jaringan, sosial, bukti dan perniagaan sosial.Pengarah Kumpulan Perancangan Penjenamaan dan Inovasi, McCann Worldgroup Malaysia, Dr Milan Agnihotri berkata, kajian menunjukkan pengguna merujuk kepada jenama melalui pengguna atau blogger berpengaruh. Beliau berkata, dalam golongan usia 16 hingga 30 tahun, 90 peratus daripada mereka akan memberitahu kepada rakan, tentang sesuatu syarikat atau jenama itu mampu meya­kinkan mereka.

Media sosial adalah tempat atau platform penting dalam pemasaran sesebuah perniagaan. Penyampaian berita terkini dapat dibuat dengan pantas sebagai contoh apa-apa sahaja yang berlaku disekeliling kita atau yang menjadi ‘trending’ pada masa-masa tertentu dapat dikongsi dengan laman media sosial seperti Twitter. Satu dimensi baru dalam pemasaran telah dibuka dengan kewujudan media sosial ini. Pemasaran dalam talian menjadikan pemasaran lebih efektif, efisien dan produktif kerana ia mampu menarik pembeli yang berpotensi.

         Bagi peniaga kecil mereka haruslah memanfaatkan peluang pemasaran di media sosial kerana ia mampu menjamin perkembangan sesuatu perniagaan tersebut dan tidak berada di takuk lama. Peniaga haruslah mempelajari ilmu-ilmu untuk membuat pemasaran di dalam talian disebabkan pembeli sekarang lebih memilih membeli secara dalam talian kerana mudah membuat pilihan dan pembelian boleh dihantar terus kepada pembeli. 
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment