Nasriq Halil Abrar's

Asas Keusahawanan


Media sosial pada zaman kini adalah sesuatu yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Hampir keseluruhan rakyat Malaysia memiliki kemudahan komputer ataupun telefon pintar. Kemudahan ini membolehkan pengguna melayari laman sosial melalui capai internet yang mudah didapati.


            Melalui kemudahan ini menjadikan jumlah pengunjung media sosial adalah tinggi di Malaysia. Rakyat di negara ini menjadikan media sosial sebagai platform bagi mendapatkan maklumat atau info terkini, berkomunikasi serta berurusan dalam perniagaan. Terdapat pro dan kontra dalam melayari media sosial ini. Diambil kebaikan media sosial bagi info dan maklumat terkini adalah sesuatu berita dan info cepat disampaikan sebagai contoh keadaan banjir terkini, keadaan trafik terkini serta apa-apa sahaja perkara yag sedang ‘viral’ dapat disampaikan dengan segera. Dari segi kebaikan komunikasi pula dapat menghubungkan komunikasi dalam jarak yang jauh tanpa ada batasan. Dari segi kebaikan berurusan perniagaan, pengguna dapat membuat pilihan untuk membeli tanpa perlu ke kedai. Urusan pembelian juga boleh dilakukan melalui pos. Penjual juga dapat mengurangkan kos pengiklanan dengan hanya mengiklankan produk mereka secara dalam talian.


            Bagi keburukan media sosial pula, maklumat dan info yang salah diberikan sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja. Ini menyebabkan berlaku fitnah dan boleh mengaibkan sesetengah pihak ataupun individu. Dari segi komunikasi pula keburukan media sosial dapat dilihat apabila masa terluang lebih banyak dihabiskan dengan melayari media sosial berbanding membuat aktiviti lain sama ada bersama keluarga atau bersukan. Keburukan berurusan perniagaan secara dalam talian pula adalah potensi ditipu adalah sesuatu yang tidak mustahil berlaku dan kejadian seperti ini banyak dilaporkan di media massa seperti televisyen dan surat khabar.


           Jika digunakan dengan cara yang betul penggunaan media sosial dapat membantu membawa kepada dimensi baru dimana semuanya berada di hujung jari. Segala urusan dipermudahkan dan segala maklumat dapat dicari serta dikongsi bersama-sama.     
Aktiviti perniagaan di media sosial semakin dikenali dan mendapat sambutan pada masa kini, selaras dengan kemajuan pembangunan dan ekonomi negara. Perniagaan di media sosial bukan hanya tertumpu pada syarikat-syarikat besar sahaja, malah terdapat syarikat kecil yang mengambil peluang bagi membuat pemasaran produk mereka menggunakan media sosial. Di antara faktor-faktor pendorong penggunaan media sosial bagi perniagaan dalam talian adalah seperti :-

i) Kos pengiklanan
Peniaga tidak perlu mempromosikan produk mereka di luar seperti mengadakan promosi di tepi-tepi jalan, pasar raya ataupun tempat-tempat awam yang lain. Pengiklanan mempromosi barangan mereka hanya perlu dibuat di dalam talian media sosial yang mempunyai banyak pengunjung pada hampir setiap masa. Kos pengiklanan dapat dikurangkan kerana kos pengangkutan dan tenaga kerja tidak diperlukan. Ini juga bagi memudahkan pelanggan dalam berurusan kerana pelanggan tidak perlu ke kedai bagi membuat tempahan dan tempahan boleh dibuat melalui dalam talian sahaja.

ii) Pasarann
Perniagaan melalui media sosial ini dapat meluaskan pasaran hingga ke peringkat global. Peniaga tidak hanya tertumpu di dalam negara sahaja malah peniaga turut membantu memperkenalkan produk barangan Malaysia ke luar negara disamping membantu ekonomi negara dari segi pembelian barangan melalui pertukaran mata wang asing. Pasaran perniagaan dari sektor pelancongan juga dapat menarik pelancong untuk berkunjung  ke Malaysia dan menunjukkan negara Malaysia juga mampu bersaing hebat dalam dunia serba canggih pada masa kini.

        Bella Ammara memulakan perniagaan menggunakan media sosial dan menjadikan kos pengiklanan dan pasaran sebagai sebagai faktor utama bagi mereka memilih untuk berniaga menggunakan media sosial. Kos pengiklanan yang difokuskan kepada wanita Malaysia dan pasaran dalam negara menjadikan mereka semakin dikenali kerana membawa perubahan kepada fesyen bertudung bagi wanita.  

     Perniagaan secara dalam talian juga tetap mempunyai pelbagai cabaran serta halangan yang perlu dihadapi oleh setiap peniaga sama seperti perniagaan konvensional. Ada cabaran dan halangan yang sama dan ada juga yang berbeza. Berikut disenaraikan cabaran dan halangan yang dapat dikenalpasti.

i) Tiada idea
Ketiadaan idea untuk memulakan perniagaan jenis apa adalah masalah utama yang sering berlaku kepada orang yang baru hendak mencuba masuk kedalam bidang perniagaan. Pemilihan barangan yang hendak dijual perlulah tepat serta mengetahui selok belok barangan tersebut sama ada dari segi pasaran serta permintaan.  
   
ii) Kekurangan ilmu perniagaan
Kekurangan pengalaman menjadi faktor kebuntuan dalam memulakan perniagaan. bagi mengelakkan perkara ini ini berlaku, adalah perlu seseorang yang mahu berniaga secara dalam talian mempelajari teknik-teknik pemasaran daripada orang yang telah memulakan perniagaan dalam talian ataupun boleh menghadiri kelas-kelas yang menawarkan pembelajaran bagi teknik pemasaran perniagaan dalam talian.

iii) Sumber kewangan
Sumber kewangan yang terhad menjadi masalah kepada peniaga baru dalam membentuk perniagaannya. Masalah ini dapat diatasi dengan membuat pinjaman dari bank ataupun mencari rakan kongsi. Permulaan perniagaan juga boleh bermula dengan modal yang kecil tetapi memerlukan semangat serta azam yang kuat.

iv) Kurang motivasi
Kekurangan motivasi serta pendorong mengakibatkan seseorang peniaga baru itu boleh berpatah semangat dan kembali kepada perkerjaan ‘makan gaji’. Faktor pendorong adalah penting bagi memberikan semangat kepada peniaga baru agar lebih yakin untuk memulakan perniagaan.

v) Berniaga adalah perkara luar biasa
Sudah menjadi kebiasaan bagi seseorang yang tamat pengajian akan berlumba-lumba mencari pekerjaan. Belajar di peringkat yang tinggi dan mengharapkan pekerjaan sebagai profesional adalah sesuatu yang telah ditanam dalam diri semenjak dari kecil. Persepsi ini boleh diubah kerana dalam agama Islam 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan.

vi) Proses pembungkusan dan penghantaran
Bagi mereka yang menjalankan perniagaan secara persendirian proses ini perlu dilakukan sendiri dan jika pesanan yang diterima adalah banyak maka akan menjadikan aktiviti seharian hanya tertumpu di situ.

vii) Margin keuntungan yang rendah.
Marjin keuntungan yang rendah ini berlaku kerana setiap untung yang diterima perlu ditolak kepada kos pembungkusan dan penghantaran. Jika berlaku penghantaran semula barangan akibat rosak atau salah penghantaran akan mengakibatkan kos penghantaran pertama tadi menjadi kerugian.

viii) Penipuan

Penipuan adalah sesuatu yang kerap dilaporkan apabila berurusan secara dalam talian. Bukan hanya pembeli yang ditipu bahkan penjual juga turut menjadi mangsa penipuan dalam berurusan kerana pada masa kini pelbagai cara dan teknik penipuan yang telah dibongkarkan. 


Dapat dilihat dalam peniagaan Bella Ammara pengasasnya mempunyai masalah dari segi kekurangan sumber kewangan untuk dijadikan modal pada awal perniagaanya. Walaubagaimanapun dengan sumber kewangan yang terhad beliau mempunyai pendorong motivasi serta berbekalkan ilmu dan idea akhirnya berjaya menjadi usahawan peniagaan dalam talian yang berjaya mencapai kejayaan.


Sumber: Artikel The Malaysian Insider bertajuk, "Malaysians Spends Five Hours Online Daily, And Its Mostly On Social Media, Says Report" penulisan Musliza Mustafa bertarikh11 Sept 2014


Artikel di atas menunjukkan penggunaan internet dan media sosial dikalangan rakyat Malaysia. Statistik kajian yang dijalankan pada 2014 menunjukkan purata rakyat Malaysia adalah berjumlah 30 juta orang. Daripada jumlah tersebut dianggarkan hampir 19.2 juta rakyat Malaysia menggunakan internet. Statistik ini menunjukkan lebih daripada separuh rakyat Malaysia menggunakan internet. 19.2 juta rakyat Malaysia ini memperuntukkan 5 - 6 jam bagi melayari internet pada setiap hari. Bagi pengguna telefon pintar pula mereka memperuntukkan lebih kurang 3 jam sehari bagi melayari internet. Kajian ini menunjukkan negara Malaysia adalah diantara pengguna telefon pintar yang tertinggi di dunia.  

Kaji selidik yang dijalankan oleh Google pula menunjukkan negara Malaysia merupakan salah satu daripada lima tempat di dunia yang menggunakan telefon pintar lebih tinggi berbanding komputer di mana berada pada paras 51% berbanding 39%.  Negara Malaysia berada pada tahap sama dengan negara maju seperti China, Korea Selatan dan Singapura. Kaji selidik yang dijalankan itu melibatkan 1,017 orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Kajian tersebut juga menunjukkan banyak aktiviti pembelian atas talian, seperti pembelian tiket penerbangan, tempahan hotel dan lain-lain digunakan dengan telefon pintar.

Statistik serta kajian yang dijalankan ini menunjukkan bahawa perniagaan secara dalam talian di Malaysia adalah sesuatu cara pemasaran yang terbaik kerana pengguna media sosial di Malaysia adalah tinggi. Terdapat syarikat-syarikat serta individu yang telah berjaya memasarkan produk mereka secara dalam talian. Diambil salah satu contoh invidu yang telah berjaya menjalankan perniagaan secara dalam talian ini adalah satu jenama pakaian wanita iaitu  Bella Ammara.

Bella Ammara telah ditubuhkan pada tahun 2012. Kisah penubuhan jenama Bella Ammara yang menarik dimana pemiliknya Carl Samsudin (Pengasas Butik Bella Ammara) mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang seni bina dan pernah berkhidmat sebagai arkitek. Hanya bermodalkan RM1,000 dan menghasilkan sembilan pasang telekung dan selepas 3 tahun berjaya menghasilkan 10,00 pasang telekung dan jubah sebulan, ternyata percaturan Belle Ammara menawarkan koleksi telekung berwarna mewujudkan trend baru pemakaian telekung dalam kalangan muslimah di Malaysia. Belle (isteri kepada Carl Samsudin) pemegang ijazah seni bina yang sepatutnya melayakkan dia menjadi seorang arkitek dalam dunia korporat yang lebih gah kini membantu suaminya menguruskan perniagaan Bella Ammara yang telah mempunyai 5 buah butik di Malaysia.

Berikut dikongsikan kisah bagaimana Bella Ammara salah seorang dari peniaga dalam talian mengunakan media sosial sebagai platform pemasaran sehingga berjaya.

Assalamualaikum
Dengan dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Hujung minggu ini 29hb Ogos 2015 (Sabtu) merupakan pembukaan rasmi pembukaan butik ke-5 saya Bella Ammara di Johor Bahru. Alhamdulillah kuasa Allah itu sungguh besar. Sambil memandang susuk tubuh bangunan di Bandar Baru Uda, JB ini, terkenang kisah 3 tahun lepas. Nak beli burger untuk Belle (now dah jadi wife) pon tak mampu. Sesak.
Bulan Julai 2015, genap 3 tahun penubuhan Bella Ammara. Dari 9 pasang telekung sebulan pada Julai 2012 sehingga ke sekitar 10,000 pasang koleksi jubah dan telekung sebulan hari ini. Selama 3 tahun saya keluar dari dunia selesa kerusi pejabat. Bagaimana dan kenapa saya bermula? Ini saya, cara saya dan tulisan saya. Baca dan fikirkan. Mana tahu perkongsian saya ini dapat memberi sesuatu kepada anda.
2010-2011 saya bermula dengan mengkaji sendiri ‘asas-asas pembentukan wang di dunia’ semasa saya bekerja as a chemist di makmal kimia di Nilai. Sebagai seorang Chemist – Google, buku, blog dan youtube adalah kawan-kawan baik saya. Dari Sheikh Imran Hossein sehingga Ron Paul dan Micheal Maloney saya telaah hasil kajian mereka. Kimia mengajar saya untuk buat kajian dahulu sebelum lontarkan sesuatu konklusi.Dalam 1 tahun saya mengkaji perihal ekonomi dan duit dunia, dan saya sedar, kita semua telah banyak ditipu. Dan saya sedar 99% manusia di dunia ini terpedaya dengan tipu daya helah duit. Saya mulai takut & gentar.
Saya nekad untuk berhenti kerja kerana saya rasa makin lama saya kerja makan gaji, saya akan jatuh miskin. Sebab saya jumpa INFLASI (kejatuhaan nilai duit) di Malaysia melebihi 15% setahun. Ini susah untuk diterima akal sebab di media massa sentiasa mengatakan ekonomi kita amat stabil.

Nekad
Saya berhenti.
Cuba cari jalan berniaga.
Tapi, tak jumpa.

Setengah tahun saya tak punyai kerja. Tiada wang. Kereta Perodua Kenari kena tarik. Belle ajak keluar nak makan pon saya tak mampu nak bayar. Masak nasi kosong berulamkan petai, janji makan tidak melebihi RM5 sehari. Setengah tahun hidup terdampar di rumah memberi peluang kepada saya berkawan rapat dengan dunia internet penuh ilmu. Setengah tahun saya belajar bagaimana untuk menjadi usahawan seperti orang yang berjaya lain.
Alhamdulillah dengan ilmu yang saya ada, terima kasih kepada pihak bank menerima saya untuk memberi saya peluang berniaga menjual emas. Target jualan, 3KG emas sebulan. Kalau tak lepas target, kena buang. Tersedak!
Tetapi saya nekad juga untuk join Bank. Saya join banking sector sebab saya nak tau apa yang bank buat. Dalam kajian saya – ‘Banking System’ adalah satu sistem penipu terbesar di dunia. Mereka yang menyebabkan kita makin susah hari demi hari. Saya menyertai bank sebagai ‘Gold Salesman/tradder’. Kerana dari tamadun Yunani sehingga ke zaman sahabat-sahabat Rasulullah dan pemerintahan Muhammad al-Fateh di kerajaan Islam Tukey menggunakan emas & perak sebagai duit. Kita kena pandai beza apa itu duit dan matawang. Matawang yang dalam dompet kita. Kertas berconteng yang makin jatuh nilainya. Duit tidak akan sesekali jatuh nilai. Saya gali isi bank sampai saya jumpa sistem mereka – ‘Fractional Reserve System‘. Sistem dimana mereka mencipta duit tanpa pengetahuan kita. Makin banyak duit yang dicipta, makin jatuh nilai duit itu dan makin miskinlah kita. Saya cuba kerja sampai saya capai matlamat saya – No.1 Gold Trader di bank tersebut. Walaupun saya capai, duit untuk bayar itu ini tetap zero sampai hujung bulan. Saya harus berubah. Nekad. Saya fikir saya harus ubah diri saya sebelum saya ubah pemikiran orang lain.
July 2012 saya bertunang dengan kos hanya RM60 sahaja. RM60 digunakan untuk membeli buah, itu je yang mampu. Dan 5 bulan (Disember 2012) selepas itu adalah majlis perkahwinan saya. Duit untuk kahwin? Minta maaf saya cakap, betol zero. Kerana saya percaya Allah SWT itu maha berkuasa. Saya nak bina masjid, Allah pasti akan tunaikan. Saya teruskan dan sentiasa letak Allah sentiasa no 1 di hati.

Allahumma yaasir wala tu’assir, Allahumma yaasir wala tu’assir.

Dan saya berpegang kuat pada kata Rasulullah SAW dimana 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan. Saya lihat bangsa saya? Rupanya bangsa asing lebih percaya pada kata Rasulullah SAW berbanding bangsa saya.Dengan usaha, doa dan tawakal kepada Allah SWT saya cuba! Cuba berniaga. Saya bermula dengan pinjam duit mak saya. RM1,000 untuk membuat 9 pasang telekung berwarna dengan tunang saya Belle.
Kenapa pinjam mak dan bukan loan bank? Sebab saya pernah kerja bank dan sumpah demi Allah saya tak suka loan bank. Most of loan bank melibatkan ‘interest/riba’ dimana riba itu salah satu dosa terbesar di sisi Allah. Tak ada dosa lain yang Allah SWT istihaarkan perang terhadap hambanya.

Allahumma inni as’aluka ridhaka wal jannah wa a’uzu bika min sakhatika wannar.

Jauhkan lah dari kemurkaan Allah SWT. Saya nak berniaga kenapa saya nak murkakan Allah? Saya tolak riba. Saya pinjam duit mak. Saya percaya kuat pada kuasa Allah SWT. Saya mula cuba jaga solat saya, sedekah saya, kerana sedekah itu penambah rezeki. Alhamdulillah dari RM1,000 duit mak saya + jujur + sedekah + ingat Allah the only one yang bagi rezeki, saya boleh kawin menggunakan duit saya sendiri.
Alhamdulillah, Alhamdulillah. Tinggal bersama isteri di kediaman yang alhamdulillah selesa bersama kucing-kucing binatang kesayangan Rasulullah, dapat membantu keluarga mendapat duit lebih dengan penubuhan jenama OSRA dan Pudore, Alhamdulillah dapat buka butik sendiri Bella Ammara di Setapak, Shah Alam, Bangi, Sungai Petani dan insyaAllah hujung minggu ini di Johor Bahru dan juga dapat menanam sifat ingin berniaga dikalangan rakan-rakan saya yang lain.
Mungkin ini baru 3 tahun. Jauh lagi perjalanan hidup saya. Tapi fikirkan lah. Dari 9 pasang telekung sehingga ke 10,000 pasang koleksi-koleksi hari ini.
Apa yang saya nak sampaikan. Dunia kita ini makin teruk. Ekonomi kita ini makin teruk. Ketua-ketua kita hari ini juga makin teruk. Saya yakin, selagi harapkan duit gaji tiap bulan, kita akan menjadi makin susah hari demi hari kerana kadar jatuh nilai duit kita semakin teruk. Lihatlah nilai duit kita hari ini? Saya dah jangka dari tahun 2010 lagi saat ini akan terjadi.
Keluarlah dari kehidupan ‘hanya makan gaji’ & carilah duit lebih kalau bukan untuk diri, carilah untuk bantu orang lain. Usaha dan ingat! Allah pasti akan bantu. YaAllah dialah pemberi segala rezeki di bumi ini. Saya harap suatu hari nanti dengan rezeki yang saya dapat, saya dapat bantu sesiapa yang memerlukan. Semua yang saya ada ini adalah milik Allah. Bella Ammara itu juga hak milik Allah, saya cuma pinjam untuk melaksanakan tugas yang Allah amanahkan kepada saya.
Ingat. Hanya Allah yang bagi rezeki. Bukan boss atau customer kita. Kalau rezeki sentiasa sangkut, cuba fikir balik hubungan kita dengan Allah SWT dan jujurkah kita semasa mencari rezeki Allah SWT?
Hari ini Alhamdulilah. Saya mengetuai 10 syarikat dan mempunyai lebih dari 50 orang staff. Masih berjaya tidak lakukan loan bank dan tidak mempunyai kad kredit. Masih kuat percaya kuasa ALLAH SWT.
Carl Samsudin, 28


 

Penggunaan media sosial dalam perniagaan secara global kebanyakkan diguna oleh syarikat-syarikat besar dan terkenal. Mereka menjadikan media sosial sebagai platform untuk mengenalkan jenama produk mereka secara meluas ke pasaran luar negara. Meraka juga dapat membandingkan harga produk-produk yang dipasarkan di luar negara sekaligus dapat menawarkan harga yang jauh lebih murah berbanding pesaing-pesaing mereka dari luar negara. Ini kerana melalui media sosial kos bagi pemasaran telah dapat diminimumkan.
            Jumlah pengguna media sosial yang tinggi adalah menjadi faktor bagi syarikat-syarikat menawarkan produk mereka di media sosial. Di zaman yang serba canggih media sosial dapat dilihat di mana-mana sahaja dan hanya memerlukan capaian internet yang kini ditawarkan pada pakej-pakej yang mampu milik dan menjadikan pengguna kini boleh mencari dan membeli hanya melalui dalam talian. Pemasaran di dalam talian juga kerap dilihat oleh para pengguna kerana telah mempunyai banyak pilihan syarikat-syarikat yang menawarkan pelbagai produk berserta maklumat lanjut mengenai produk mereka termasuklah harga yang ditawarkan menjadikan pengguna boleh membuat pilihan dengan tepat bagi membeli sesuatu produk. 
            Sasaran pembeli yang luas juga menjadi faktor media sosial digunakan sehingga ke peringkat global. Ini dapat dilihat di mana syarikat-syarikat besar bukan hanya menjadikan pembeli di dalam negara sahaja sebagai sasaran mereka, kini sasaran telah di luaskan kepada pembeli-pembeli dari luar negara yang berminat mendapat produk mereka. Dengan menyediakan ruangan khidmat pelangan mereka boleh memberikan khidmat yang lebih cepat malah dapat mengeratkan lagi perhubungan dengan pembeli mereka yang sedia ada. Mereka dapat mengekalkan hubungan jangka panjang dengan pelanggan-pelanggan mereka termasuk pelanggan-pelanggan dari luar negara. Itu antara sebab mengapa media sosial kini menjadi pilihan syarikat-syarikat besar menawarkan produk mereka di dalam negara sehinggalah ke peringkat global.
Perniagaan secara dalam talian bukan sahaja digunakan oleh peniaga-peniaga kecil bahkan telah digunakan syarikat-syarikat besar untuk aktiviti pemasaran mereka. Kos pengiklanan yang minimum adalah salah satu sebab mengapa media sosial digunakan dalam memasarkan produk mereka berbanding dengan cara pengiklanan lain yang memerlukan kos yang lebih tinggi.  Pengguna media sosial yang mencecah jutaan pengguna memudahkan sesebuah syarikat memperkenalkan barangan, jenama ataupun produk mereka.

           Tidak hanya ingin mahu miminumkan kos pemasaran, ada juga syarikat menjadikan media sosial sebagai ruangan untuk menyediakan khidmat pelanggan mereka. Dengan cara ini syarikat mereka boleh memberikan khidmat yang lebih cepat malah dapat mengeratkan lagi hubungan dengan pembeli mereka yang sedia ada. Tinjauan dan kajian yang dijalankan oleh Badan-badan Swasta mendapati rata-rata peniaga kecil mengakui kewujudan media sosial ini banyak membantu meningkatkan jualan produk mereka. Fakta ini juga dapat diperkukuhkan lagi apabila dapat dilihat di laman-laman media sosial kini lambakkan iklan dan tawaran yang muncul dari pelbagai syarikat samaada syarikat besar mahupun kecil.

           Daripada kemunculan banyak serta pelbagai iklan yang dipamerkan di laman-laman media sosial sudah pasti menunjukkan kepentingan media sosial dari segi pemasaran perniagaan. Pemasaran dibuat di dalam media sosial adalah bagi meminimumkan kos serta menambah keuntungan dalam perniagaan mereka. Media sosial menjadi tempat pemasaran yang dianggap efektif kerana kemudahan telefon pintar berintenet membolehkan pengguna melayari laman-laman media sosial ini tanpa batasan termasuklah tempat dan masa. Dunia tanpa sempadan kini menyebabkan aktiviti melayari media sosial kini adalah sesuatu yang perlu dilakukan setiap hari bagi mendapatkan info serta maklumat disamping berkomunikasi  di laman-laman sosial. Disinilah syarikat-syarikat mengambil kesempatan dalam membuat pemasaran produk kerana jumlah pengguna media sosial yang tinggi. 

         Di dalam memasarkan produk serta barangan mereka, peniaga ataupun syarikat-syarikat ini hanya perlu membuatkan informasi ataupun maklumat yang dipasarkan melalui artikel, tulisan, gambar ataupun video dan meletakkannya di media sosial yang mudah serta banyak dilawati oleh para pengguna. Ditambahkan pula dengan sistem canggih yang ada di media sosial kini seperti sistem pemberitahuan atau notifikasi kepada pengguna media sosial dimana pengguna boleh mendapatkan informasi dengan pantas dan cepat mengenai apa-apa informasi terbaru daripada peniaga-peniaga tertentu jika ada posting terbaru produk-produk mereka.

        Kajian yang dibuat oleh The Truths About Social yang dijalankan merentasi 19 negara dan disertai lebih 30 kumpulan fokus dan 12,000 respons secara talian telah mendedahkan pandangan tentang semua berkaitan dengan dunia sosial termasuk melalui jaringan, sosial, bukti dan perniagaan sosial.Pengarah Kumpulan Perancangan Penjenamaan dan Inovasi, McCann Worldgroup Malaysia, Dr Milan Agnihotri berkata, kajian menunjukkan pengguna merujuk kepada jenama melalui pengguna atau blogger berpengaruh. Beliau berkata, dalam golongan usia 16 hingga 30 tahun, 90 peratus daripada mereka akan memberitahu kepada rakan, tentang sesuatu syarikat atau jenama itu mampu meya­kinkan mereka.

Media sosial adalah tempat atau platform penting dalam pemasaran sesebuah perniagaan. Penyampaian berita terkini dapat dibuat dengan pantas sebagai contoh apa-apa sahaja yang berlaku disekeliling kita atau yang menjadi ‘trending’ pada masa-masa tertentu dapat dikongsi dengan laman media sosial seperti Twitter. Satu dimensi baru dalam pemasaran telah dibuka dengan kewujudan media sosial ini. Pemasaran dalam talian menjadikan pemasaran lebih efektif, efisien dan produktif kerana ia mampu menarik pembeli yang berpotensi.

         Bagi peniaga kecil mereka haruslah memanfaatkan peluang pemasaran di media sosial kerana ia mampu menjamin perkembangan sesuatu perniagaan tersebut dan tidak berada di takuk lama. Peniaga haruslah mempelajari ilmu-ilmu untuk membuat pemasaran di dalam talian disebabkan pembeli sekarang lebih memilih membeli secara dalam talian kerana mudah membuat pilihan dan pembelian boleh dihantar terus kepada pembeli. 
Mengimbas kembali sejarah permulaan media sosial diperkenalkan adalah pada tahun 1978 dengan penggunaan ‘usernets’ terutama untuk menghantar berita atau artikel ke ‘newsgroup’. Ia mula diperkenalkan oleh Ward Christensen dan Randy Suess yang keduanya adalah pecinta dunia computer. Media sosial pertama kali dilakukan melalui pengiriman surat elektronik pertama oleh peneliti ARPA ( Advanced Research Project Agency) pada tahun 1971.

Pada tahun 1995 satu laman sosial yang dikenali sebagai Classmate.com yang menawarkan jaringan sosial dan diikuti Sixdegree.com yang wujud selepas itu dianggap sebagai satu laman sosial yang lebih baik berbanding Classmate.com. Pada 1999 satu halaman yang menawarkan penggunanya untuk membuat halaman sendiri telah diperkenalkan iaitu Blogger. Di dalam blog peribadi ini pengguna boleh memuatnaik apa sahaja maklumat, info termasuklah hal-hal peribadi. Permulaan kewujudan blogger ini dianggap sebagai perkembangan media sosial.  

Friendster, satu laman sosial yang telah menjadi fenomena telah wujud pada tahun 2002. Laman sosial friendster dianggap laman sosial terbaik pada masa itu bagi tujuan menghubungkan pengguna dengan pengguna yang lain tanpa sempadan. Diikuti laman sosial MySpace pada tahun 2003 yang menawarkan kemudahan hampir sama dengan laman Friendster cuma dianggap oleh pengguna media sosial sebagai satu laman sosial yang lebih mesra pengguna.

Media sosial terus berkembang maju dengan kewujudan pelbagai laman-laman sosial yang lebih mesra pengguna seperti Facebook pada tahun 2004, Instagram tahun 2010 dan pelbagai lagi laman sosial terkini yang mendapat perhatian pengguna seperti Youtube dan Twitter yang dapat digunakan bagi berkongsi info dan maklumat sama ada dari segi penulisan, gambar mahupun video.  

Perkembangan media sosial yang pesat ini telah memberikan peluang atau platform kepada sesetengah individu mahupun syarikat untuk memperkenalkan produk ataupun barangan jualan mereka di laman-laman sosial kerana dengan jutaan pengikut di setiap laman-laman sosial menjadikan produk mereka mudah dipasarkan serta dikenali. 
Previous PostOlder Posts Home